top of page
  • Writer's pictureRai Yenn

Definisi/konsep pendidikan khas

Updated: Jun 5, 2021

Pendidikan khas ialah satu program pengajaran khas yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas. Program ini diwujudkan bertujuan untuk mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar khas ini tidak aktif dalam program yang dianjurkan di sekolah atau masyarakat. Secara umumnya, Pendidikan khas ini ialah program Pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Dalam konteks Malaysia pula Pendidikan khas ini membuat pendekatan baru iaitu Definisi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan khas menekankan kepada kebolehan , kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan. Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan. Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan khas seperti berikut :-

• Kebolehan kognitif

• Perkembangan tingkah laku sosial / perkembangan kemahiran sosial

• Penguasaan Bahasa lisan / pertuturan

• Penguasaan membaca

• Kemahiran matematik

• Kemahiran pertumbuhan asas manusia

• Kemahiran berdikari

• Kemahiran keusahawanan

• Kebolehan penglihatan

• Kebolehan pendengaran


133 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page